Friday 3 May 2013

Dear Friend No End.



Kerana kesibukan duniawi,maybe orang orang ini lupa hari ini?mungkin salah seorang ingat atau mereka ingat  sekali tapi taknak mention?Kalau tahun lepas yang sana buat kad,kali ni,yang sini buat kad pulak tapi digital la.Kad digital.Macam digimon pulaks? =p. Entah kenapa tibatiba tuhan mengapungkan ingatan tentang this day actually dah ter-miss bukan main jauh lagi.Tapi dah tuhan yang nak ingatkan kan?Anyway Happy Friendship Day, semoga berkawan walau selalu bergaduh jarang berkongsi tetapi tetap besties.Selamat menonton Ironman 3.PPfftttt.Buat untuk Susu Basi.hahaa. =D

p/s: Semoga selalu bergaduh kerana sebab gaduh la adanya hari ni . =D

REUNION PICNIC?


Atau dengan lebih mudah dikatakan persabahatan sejati.Tiba tiba mula dengan atau.Erm,biasa persabahatan sejati ni aku tengok di Tv sahaja jea,tapi aku dapat jumpa entiti ni di group kelas 2B ini.Tengok je tak akan rasa,kalau into in this group baru boleh nampak macam mana akrabnya mereka mereka yang lain daerah ni.
Kali ini,diorang adakan picnic seakan reunion yang dah berabad tak jumpa padahal baru berapa bulan je tapi rasa dah lama tak jumpa ada rasanya.

Semua ni kepala gila gila,kalau pun aku hantuk kepala aku berdesing 150 juta kali pun,still tak dapat gila macam diorang ni.

Yang part perempuan pun lebih kurang jugak macam macam karekter kehidupan aku nampak kat setiap seorang ni.

Actually this picnic thing,di request oleh birthday girl si Mariam (*tudung kuning sila refer gambar sebelum hini) untuk menyuruh nyambut nye birthday,ada ea?Sekaligus ketemu rakan taulan yang dah lama tak jumpa. So sedikit jamuan diadakan lah yang mampu mengenyangkan orang tak makan 2 semester.Bukan main lagi pelbagai juadah berbuka puasa kita kali ini.Tetibe.

At first buat jemaah di Taman Merdeka then membuat hantaran ke Puteri Harbour untuk sesi makan kek,Makan kek pun perlu beribu batu dari tempat pertama.Noted.

Kecoh group ni kalah gabungan Zoo Johor dan Zoo Melaka.Happening havoc macam hape.

Kek buatan sendiri,tak mainlah Season ke Secret ke ,sampai ke tulis nama manual je aku tengokkan.


Antara watak utama dalam filem kelas 2B ni.

Pembuat kek tegar yang tunjuk peace tu.

Si pembuli dan yang kena buli tetapi selalunya macam yang kena buli tu pembuli kepada si pembuli. =p

Actually memang seronok join diorang ni even aku bukan mutlak dari geng ini tetapi macam aku dialu alukan,so aku tibai join jugak sebab dah diajak,Anyway kalau buat lagi gathering macam ni,jangan lupa ajak aku ya kawan kawan.*senyum tunjuk gigi. =D

Friends forever? So true. =D

p/s: Just keep this relationship more hard than titanium. 

Monday 4 February 2013

25th JANUARY PART 02


25Januari sedang aku disini menyambut kelahiran sendiri, di sebelah atas peta Malaysia bahagian kawasan ‘laluan matahari’, aku bakal kehilangan sahabat pada hari yang sama. Pada hari yang sama ini,perginya seorang rakan yang seingat aku,aku tak pernah bergaduh dengan dia. Selalu bertegur mesra kalau berjumpa.Dia suka menganggap aku senior tapi aku tak pernah anggap dia junior kerana ramahnya dia blend in dengan usia dan perangai aku.Perbualan terakhir kami adalah hasratnya menyatakan ingin memiliki sebuah superbike berkuasa 600cc Yamaha R6 pilihan hati.Aku ingat lagi waktu itu.Tak sangka itu berjabat dengan dia buat terakhir kalinya.Bagi aku dia seorang yang baik,bukan puji sebab dia sudah tiada,tapi itu kenyataannya.Mungkin ada lagi kebaikannya yang aku tak nampak sebab itu,tuhan menjemputnya lebih awal kembali kepada-Nya. Dia menemui ajal akibat kemalangan jalan raya mungkin itu takdirnya,tak kira kalau dielak macam manapun kalau dah itu ketentuan Allah S.W.T. Aku tidak dapat mengiringi kau ke tempat kau bersemadi tapi hanya mampu aku berdoa untuk temankan kau pergi ke alam disana yang kekal abadi.Kawan,semoga kau aman disana dan ditempatkan di kalangan orangorang yang diredhai Allah S.W.T aku doakan,kita jumpa lagi di kehidupan akan datang.Al-Fatihah. =’)

 Ahmad Shaznuriman a.k.a. Ameng 


Ps; Bro,kita jumpa lagi in the next life ya.=')



25th JANUARY PART 01

25January merupakan hari lahirnya hamba ke muka bumi yang fana ini.Tahun ni 22tahun ramai cakap dah tua,tapi sebenarnya sama tua takpun muda setahun sahaja diorang itu.Walaupun dah tambah setahun,tapi aku tetap sama,Cuma yang bertambah adalah rakan, pengalaman dan memori,dosa dan pahala.Harap dijauhkan dosa.Terima kasih dari atas kepala hingga bawah tapak kaki kepada manusiamanusia yang ingat dan wish diri ini yang tak kerdil macam tupai tapi sudah besar panjang orang tuatua kata.Terima kasih social network kerana ingatkan mereka tentang hari lahir aku,kalau yang tak rapat tu,memang la mereka tak ingat sebab itu laman sesawang yang ingatkan tapi dah wish dah kira okay lah itu.Aku bersyukur,ada yang kisah.

Family will be only on the top of list.

6cakes for this person i call friends.

Kepada family yang menyambutnya memang itu tradisi kami tak kira kecil atau besar kami tetap jalankan tentatif tahunan itu.Rakan pula,setiap tahun yang menyambutnya bertukartukar,mungkin yang lepaslepas nak sambut sekali tapi faktor masa dan jarak menjadi penghalang,jadi wakilkan sahaja kepada yang dekatdekat pun memadai sebagai wakil.Yang wish pada telefon bimbit mahupun laman sesawang,itu bagi aku sudah menjadi hadiah,kalau aku minta tu,sajasaja sahaja untuk mengada tidakpun untuk merapatkan lagi sillaturrahim.Lambat atau cepat itu cara mereka ada yang nak paling awal ada yang nak paling lambat ada yang terlupa macammacam ragam mereka.Anyway terima kasih untuk hari sekali setahun ini.=')



Mereka pun lahir pada tarikh yang sama so 25Januari juga dikongsi bersama mereka yang asal dari jauh dekat reality dan fantasi. =p

Alicia Keys

Farah Breep Breep from Akademi Fantasia

Ayah Naruto,Minato.Boleh jugak ea masuk list?=p

Kembar dari UiTM Segamat, Zalikha Farhanah.*gambar curi dari Facebook.=p

Ps;/ Bersyukur dengan apa yang ada sampai ke hari ini,Alhamdulillah. =)