Friday, 3 May 2013

Dear Friend No End.



Kerana kesibukan duniawi,maybe orang orang ini lupa hari ini?mungkin salah seorang ingat atau mereka ingat  sekali tapi taknak mention?Kalau tahun lepas yang sana buat kad,kali ni,yang sini buat kad pulak tapi digital la.Kad digital.Macam digimon pulaks? =p. Entah kenapa tibatiba tuhan mengapungkan ingatan tentang this day actually dah ter-miss bukan main jauh lagi.Tapi dah tuhan yang nak ingatkan kan?Anyway Happy Friendship Day, semoga berkawan walau selalu bergaduh jarang berkongsi tetapi tetap besties.Selamat menonton Ironman 3.PPfftttt.Buat untuk Susu Basi.hahaa. =D

p/s: Semoga selalu bergaduh kerana sebab gaduh la adanya hari ni . =D

REUNION PICNIC?


Atau dengan lebih mudah dikatakan persabahatan sejati.Tiba tiba mula dengan atau.Erm,biasa persabahatan sejati ni aku tengok di Tv sahaja jea,tapi aku dapat jumpa entiti ni di group kelas 2B ini.Tengok je tak akan rasa,kalau into in this group baru boleh nampak macam mana akrabnya mereka mereka yang lain daerah ni.
Kali ini,diorang adakan picnic seakan reunion yang dah berabad tak jumpa padahal baru berapa bulan je tapi rasa dah lama tak jumpa ada rasanya.

Semua ni kepala gila gila,kalau pun aku hantuk kepala aku berdesing 150 juta kali pun,still tak dapat gila macam diorang ni.

Yang part perempuan pun lebih kurang jugak macam macam karekter kehidupan aku nampak kat setiap seorang ni.

Actually this picnic thing,di request oleh birthday girl si Mariam (*tudung kuning sila refer gambar sebelum hini) untuk menyuruh nyambut nye birthday,ada ea?Sekaligus ketemu rakan taulan yang dah lama tak jumpa. So sedikit jamuan diadakan lah yang mampu mengenyangkan orang tak makan 2 semester.Bukan main lagi pelbagai juadah berbuka puasa kita kali ini.Tetibe.

At first buat jemaah di Taman Merdeka then membuat hantaran ke Puteri Harbour untuk sesi makan kek,Makan kek pun perlu beribu batu dari tempat pertama.Noted.

Kecoh group ni kalah gabungan Zoo Johor dan Zoo Melaka.Happening havoc macam hape.

Kek buatan sendiri,tak mainlah Season ke Secret ke ,sampai ke tulis nama manual je aku tengokkan.


Antara watak utama dalam filem kelas 2B ni.

Pembuat kek tegar yang tunjuk peace tu.

Si pembuli dan yang kena buli tetapi selalunya macam yang kena buli tu pembuli kepada si pembuli. =p

Actually memang seronok join diorang ni even aku bukan mutlak dari geng ini tetapi macam aku dialu alukan,so aku tibai join jugak sebab dah diajak,Anyway kalau buat lagi gathering macam ni,jangan lupa ajak aku ya kawan kawan.*senyum tunjuk gigi. =D

Friends forever? So true. =D

p/s: Just keep this relationship more hard than titanium. 

Monday, 4 February 2013

25th JANUARY PART 02


25Januari sedang aku disini menyambut kelahiran sendiri, di sebelah atas peta Malaysia bahagian kawasan ‘laluan matahari’, aku bakal kehilangan sahabat pada hari yang sama. Pada hari yang sama ini,perginya seorang rakan yang seingat aku,aku tak pernah bergaduh dengan dia. Selalu bertegur mesra kalau berjumpa.Dia suka menganggap aku senior tapi aku tak pernah anggap dia junior kerana ramahnya dia blend in dengan usia dan perangai aku.Perbualan terakhir kami adalah hasratnya menyatakan ingin memiliki sebuah superbike berkuasa 600cc Yamaha R6 pilihan hati.Aku ingat lagi waktu itu.Tak sangka itu berjabat dengan dia buat terakhir kalinya.Bagi aku dia seorang yang baik,bukan puji sebab dia sudah tiada,tapi itu kenyataannya.Mungkin ada lagi kebaikannya yang aku tak nampak sebab itu,tuhan menjemputnya lebih awal kembali kepada-Nya. Dia menemui ajal akibat kemalangan jalan raya mungkin itu takdirnya,tak kira kalau dielak macam manapun kalau dah itu ketentuan Allah S.W.T. Aku tidak dapat mengiringi kau ke tempat kau bersemadi tapi hanya mampu aku berdoa untuk temankan kau pergi ke alam disana yang kekal abadi.Kawan,semoga kau aman disana dan ditempatkan di kalangan orangorang yang diredhai Allah S.W.T aku doakan,kita jumpa lagi di kehidupan akan datang.Al-Fatihah. =’)

 Ahmad Shaznuriman a.k.a. Ameng 


Ps; Bro,kita jumpa lagi in the next life ya.=')



25th JANUARY PART 01

25January merupakan hari lahirnya hamba ke muka bumi yang fana ini.Tahun ni 22tahun ramai cakap dah tua,tapi sebenarnya sama tua takpun muda setahun sahaja diorang itu.Walaupun dah tambah setahun,tapi aku tetap sama,Cuma yang bertambah adalah rakan, pengalaman dan memori,dosa dan pahala.Harap dijauhkan dosa.Terima kasih dari atas kepala hingga bawah tapak kaki kepada manusiamanusia yang ingat dan wish diri ini yang tak kerdil macam tupai tapi sudah besar panjang orang tuatua kata.Terima kasih social network kerana ingatkan mereka tentang hari lahir aku,kalau yang tak rapat tu,memang la mereka tak ingat sebab itu laman sesawang yang ingatkan tapi dah wish dah kira okay lah itu.Aku bersyukur,ada yang kisah.

Family will be only on the top of list.

6cakes for this person i call friends.

Kepada family yang menyambutnya memang itu tradisi kami tak kira kecil atau besar kami tetap jalankan tentatif tahunan itu.Rakan pula,setiap tahun yang menyambutnya bertukartukar,mungkin yang lepaslepas nak sambut sekali tapi faktor masa dan jarak menjadi penghalang,jadi wakilkan sahaja kepada yang dekatdekat pun memadai sebagai wakil.Yang wish pada telefon bimbit mahupun laman sesawang,itu bagi aku sudah menjadi hadiah,kalau aku minta tu,sajasaja sahaja untuk mengada tidakpun untuk merapatkan lagi sillaturrahim.Lambat atau cepat itu cara mereka ada yang nak paling awal ada yang nak paling lambat ada yang terlupa macammacam ragam mereka.Anyway terima kasih untuk hari sekali setahun ini.=')



Mereka pun lahir pada tarikh yang sama so 25Januari juga dikongsi bersama mereka yang asal dari jauh dekat reality dan fantasi. =p

Alicia Keys

Farah Breep Breep from Akademi Fantasia

Ayah Naruto,Minato.Boleh jugak ea masuk list?=p

Kembar dari UiTM Segamat, Zalikha Farhanah.*gambar curi dari Facebook.=p

Ps;/ Bersyukur dengan apa yang ada sampai ke hari ini,Alhamdulillah. =)


Saturday, 22 December 2012

COMPASS : MASQUERADE

Lokasi : Perkarangan PTDI baru
Tarikh: Tak ingat =p

Event beratus tahun dolu,baru jea nak update sebab? sebab:suka hati.hahaa.emm,maybe dalam diploma ini merupakan dinner terakhir saya yang bertemakannnnn~ MASQUERADEEEEE~~~~!!!!!! =p .Dinner tetap sama tiada perubahan sangat tentatifnya,maybe yang special menu dia,sebab ada element western.ececehh~

Saya junior,diorang senior.=p

So macam biasa,aktiviti penggambaran pun berlangsung dengan modelmodel tak kurang hebatnya.=p

Ni amoi Mina nama dia.

Penjual top-up Huhu nama panggilan.

Budak kecik rockers,Rok.=D

Classmate angkat saya,ada eaa?ada laaaaa.=)

Aten dan Yan.

Kelas yang sama,lecturer yang sama,subjek yang sama.Terperuk dalam kelas calculus.haha

As usual,my only team 159 yang awesome.haha.

President Compass paling famous,i think.

Kalau digabungkan,eikayep namanyee.

Kenal dengan nama Sha saja

Bob dengan rakan bulian dia,Aznayanti.wakakakaka.

Hasana,Hasanah,Shakina....semua nak a a a a aaaaaaaaa~

Bukan adik tiri tapi adik angkat yang tak sama darah rokiarockers.hehee

 Sekarang nama dia Nurul Shakina,dulu Sy Chopstik.=p

The best Hasana chan yang pakar membuli saya .;)

 Kelas angkat saya,kalau masuk kelas junior,mesti masuk kelas diorang sebab dengan diorang je bole masuk kepala nyaaa.

 Dulu, kini, akan datang tetap original kelas saya yang masingmasing dengan perangai sendiri.haha


 Bila lagi agaknya dapat dinner tematema ni yekk,hehe,this actually penutup dinner bagi saya sepanjang pengajian.Stay tune untuk dinner lainlain yang bakal menjelma.yosh!

Ps/: Dinner yang best macam biasa,saya tetap sokong Compass.Tetiba.=p



Sunday, 16 December 2012

PROMED @2012



Oke,kali ni nak share pasal competition baru je berlangsung di UiTM Seri Iskandar Perak.Promed atau Programming And Multimedia Competition yang disertai hampir 45 kumpulan yang terdiri daripada IPTA/IPTS yang dihantar dari hampir setiap pelusuk negeri untuk bertanding merebut hadiah yang berupa wang tunai. Siapa yang mata duitan,layak sangat nak masuk tapi pastikan anda belum graduate lagi ya.pffffffttttt.=p

Sekitar hari pertandingan.

Pada hari tu,baru tahu yang setiap team akan disediakan booth.Oke baru tahu lalu otak sedikit bercelaru lantas langgar je apa yang ada kan,nak buat macam mana.Kejap formal kejap tak.=_=. Dengan tiada persiapan bahanbahan untuk booth,lalu booth saya ni pun nampak macam rumah sewa.kosong je.haha.Taknak tunjuk booth kitorang.wakakakka.=p

Team yang disertai Bob dan Bulat yang kat bawah ni haaaa.

Actually competition ni kalau nak masuk kena la bayar sedikit,tapi kami disponsor oleh bukan Nike iaitu UiTM Segamat.haha.Thank U UiTM Johor Di Hatiku lalalalaa~

Sesi Penjurian

Em ni lagi satu,bila time nak dijuri bahan pertandingan setiap team,kami akan dilawati oleh 5 juri berasingan yang suka hati diorang nak datang dari arah mana , kalau nak dari arah bumbung pun boleh tiada siapa yang marah.wakakaka.Ada yang datang dari arah kanan ke kiri , ada dari depan kebelakang dan yang paling frust, datang dengan random,suka hati dia nak pergi team yang mana dulu,Padahal dah di team sebelah, dia boleh next ke team paling depan padahal nanti dia kena datang jugak sini jugak kann.--__--'


Booth yang bertungkus lumus letak pelbagai manik dan hiasan menghiasi boothbooth mereka.

Kini Ku Sedar macam ni rupanya suasana pertandingan ni.=)

Lagi satu,hari pertama kami akan dijuri dari jam 9 bermula hingga jam 5 macam tu,so next akan dipilih 10 terbaik untuk sesi pitching selepas itu akan diumum pemenangnya.Untuk diumum  kena tunggu next day,dengan mendengar bebelan baru tahu 10 terbaik.Sebab kalau dah tau awalawal kalah nanti ramai pulak balik awal.hahaa.pandai mengatur diorang ni.good job.-_-'

Kontinjen UiTM Segamat Johor. *Kitorang je ade gambar atas pentas.pfftttttt

Laporan:Either team multimedia or programming tak menang apa apa tapi maybe kitorang dapat bagi saingan kot sebab ada team multimedia lain saya tengok biasabiasa je,tak tergugat pun.Ada jugak yang biasabiasa tapi dapat masuk top 10.rezeki.Untuk programming tak dapat bagi liputan sebab luar kawasan perkhidmatan.haha.

Sebelum habis tengoklah video yang kitorang hantar time tu.Dibuat 3 hari sebelum pertandingan ,nampak sangat buat last minit.Anyway, maybe boleh buat lagi baik tapi berpuas hati sebab amik masa 3 hari je.=p

Murni Cara Kami.

Ps:/ Anyway best attending this competition yang bagi such many experiences 
yang susah nak dapat bila dah lastlast sem ni ;)