Monday 4 February 2013

25th JANUARY PART 02


25Januari sedang aku disini menyambut kelahiran sendiri, di sebelah atas peta Malaysia bahagian kawasan ‘laluan matahari’, aku bakal kehilangan sahabat pada hari yang sama. Pada hari yang sama ini,perginya seorang rakan yang seingat aku,aku tak pernah bergaduh dengan dia. Selalu bertegur mesra kalau berjumpa.Dia suka menganggap aku senior tapi aku tak pernah anggap dia junior kerana ramahnya dia blend in dengan usia dan perangai aku.Perbualan terakhir kami adalah hasratnya menyatakan ingin memiliki sebuah superbike berkuasa 600cc Yamaha R6 pilihan hati.Aku ingat lagi waktu itu.Tak sangka itu berjabat dengan dia buat terakhir kalinya.Bagi aku dia seorang yang baik,bukan puji sebab dia sudah tiada,tapi itu kenyataannya.Mungkin ada lagi kebaikannya yang aku tak nampak sebab itu,tuhan menjemputnya lebih awal kembali kepada-Nya. Dia menemui ajal akibat kemalangan jalan raya mungkin itu takdirnya,tak kira kalau dielak macam manapun kalau dah itu ketentuan Allah S.W.T. Aku tidak dapat mengiringi kau ke tempat kau bersemadi tapi hanya mampu aku berdoa untuk temankan kau pergi ke alam disana yang kekal abadi.Kawan,semoga kau aman disana dan ditempatkan di kalangan orangorang yang diredhai Allah S.W.T aku doakan,kita jumpa lagi di kehidupan akan datang.Al-Fatihah. =’)

 Ahmad Shaznuriman a.k.a. Ameng 


Ps; Bro,kita jumpa lagi in the next life ya.=')



25th JANUARY PART 01

25January merupakan hari lahirnya hamba ke muka bumi yang fana ini.Tahun ni 22tahun ramai cakap dah tua,tapi sebenarnya sama tua takpun muda setahun sahaja diorang itu.Walaupun dah tambah setahun,tapi aku tetap sama,Cuma yang bertambah adalah rakan, pengalaman dan memori,dosa dan pahala.Harap dijauhkan dosa.Terima kasih dari atas kepala hingga bawah tapak kaki kepada manusiamanusia yang ingat dan wish diri ini yang tak kerdil macam tupai tapi sudah besar panjang orang tuatua kata.Terima kasih social network kerana ingatkan mereka tentang hari lahir aku,kalau yang tak rapat tu,memang la mereka tak ingat sebab itu laman sesawang yang ingatkan tapi dah wish dah kira okay lah itu.Aku bersyukur,ada yang kisah.

Family will be only on the top of list.

6cakes for this person i call friends.

Kepada family yang menyambutnya memang itu tradisi kami tak kira kecil atau besar kami tetap jalankan tentatif tahunan itu.Rakan pula,setiap tahun yang menyambutnya bertukartukar,mungkin yang lepaslepas nak sambut sekali tapi faktor masa dan jarak menjadi penghalang,jadi wakilkan sahaja kepada yang dekatdekat pun memadai sebagai wakil.Yang wish pada telefon bimbit mahupun laman sesawang,itu bagi aku sudah menjadi hadiah,kalau aku minta tu,sajasaja sahaja untuk mengada tidakpun untuk merapatkan lagi sillaturrahim.Lambat atau cepat itu cara mereka ada yang nak paling awal ada yang nak paling lambat ada yang terlupa macammacam ragam mereka.Anyway terima kasih untuk hari sekali setahun ini.=')



Mereka pun lahir pada tarikh yang sama so 25Januari juga dikongsi bersama mereka yang asal dari jauh dekat reality dan fantasi. =p

Alicia Keys

Farah Breep Breep from Akademi Fantasia

Ayah Naruto,Minato.Boleh jugak ea masuk list?=p

Kembar dari UiTM Segamat, Zalikha Farhanah.*gambar curi dari Facebook.=p

Ps;/ Bersyukur dengan apa yang ada sampai ke hari ini,Alhamdulillah. =)