25Januari sedang aku disini menyambut kelahiran sendiri, di
sebelah atas peta Malaysia bahagian kawasan ‘laluan matahari’, aku bakal
kehilangan sahabat pada hari yang sama. Pada hari yang sama ini,perginya
seorang rakan yang seingat aku,aku tak pernah bergaduh dengan dia. Selalu
bertegur mesra kalau berjumpa.Dia suka menganggap aku senior tapi aku tak
pernah anggap dia junior kerana ramahnya dia blend in dengan usia dan perangai
aku.Perbualan terakhir kami adalah hasratnya menyatakan ingin memiliki sebuah
superbike berkuasa 600cc Yamaha R6 pilihan hati.Aku ingat lagi waktu itu.Tak
sangka itu berjabat dengan dia buat terakhir kalinya.Bagi aku dia seorang yang
baik,bukan puji sebab dia sudah tiada,tapi itu kenyataannya.Mungkin ada lagi
kebaikannya yang aku tak nampak sebab itu,tuhan menjemputnya lebih awal kembali
kepada-Nya. Dia menemui ajal akibat kemalangan jalan raya mungkin itu
takdirnya,tak kira kalau dielak macam manapun kalau dah itu ketentuan Allah
S.W.T. Aku tidak dapat mengiringi kau ke tempat kau bersemadi tapi hanya mampu
aku berdoa untuk temankan kau pergi ke alam disana yang kekal abadi.Kawan,semoga
kau aman disana dan ditempatkan di kalangan orangorang yang diredhai Allah
S.W.T aku doakan,kita jumpa lagi di kehidupan akan datang.Al-Fatihah. =’)
Ahmad Shaznuriman a.k.a. Ameng
Ps; Bro,kita jumpa lagi in the next life ya.=')